Bab
1
Aku
dibesarkan oleh Tok dan Wan sebelah abah sejak dilahirkan. Bukanlah aku tidak
diberi makan atau tidak diendahkan.Malah Tok dan Wan lah yang menjaga makan,pakai,dan
sakit pening aku selama ini.Terima kasih tidak terhingga kerana sudi membela
diri ini.
Aku hanya
berjumpa dengan Mak dan Abah sebulan sekali.Pertemuan yang selalu aku
harapkan.Namun kasih sayang aku terhadap Mak dan Abah tidakla sekuat sayang aku
pada Tok dan Wan.Bukan diri ini tidak mensyukuri atau membenci.Namun kasih pada
Tok dan Wan yang tertumpah sejak kecil sedikit sebanyak memberi kesan kepada
hati ini.
Anak
pertama dari tiga beradik,aku dan dua orang adik kembar dibesarkan di sebuah
felda.Kehidupan yang serba sederhana mengajar aku erti berpada-pada.Kami diajar
agar tidak terlalu memilih makanan,tempat tinggal dan sebagainya.Lebih-lebih
lagi bila bertandang ke rumah orang.
Memandangkan
aku merupakan cucu sulong dan satu-satunya cucu perempuan,Tok sangat
melebih-lebihkan aku dalam semua perkara .Wan pula melebihkan adik aku dan
sepupu-sepupu lelaki.Aku digelar “cucu emas” kerana akan memiliki apa yang
dihajati sehingga menimbulkan kedengkian dalam hati mereka.
Dalam hidup
ini,yang aku mahukan hanyalah Tok.Seorang tua berbadan kurus ,berkulit gelap
dan bergigi oren.Ketegasannya menyebabkan semua isi rumah akan patuh pada
kata-katanya dan tidak berani buka mulut.Bila bersama Tok aku merasa bangga dan
selamat.Mana tak nya,kalu Tok tiada dirumah,aku lah yang menjadi mangsa buli
dua orang adik kembar. Aku juga pasti akan dimarahi Wan kerana dianggap mengada-ngada
bila bersama Tok.Tak sangka,Wan pon berdengki dengan aku.Kelakar sungguh.
Teringat
suatu hari,semasa Tok tiada di rumah.Seingat aku Tok pergi memukat ikan
sungai.Aku…..