bile benda simple jadi trouble..ape kate abang kacak???

Wednesday, March 2, 2011

AGAMA ITU NASIHAT!!!!!!!!!

                                                  
   عن ابي رقيّة تميم بن أوس الدّاريّ -رضي الله تعالى عنه-: أنّ النّبيّ (صلى الله عليه   وسلم) قال :"الدّين النصيحة"قلنا:لمن؟؟؟قال :"لله,ولكتابه,ولرسوله,ولأئمة المسلمين وعامّتهم"  

Dari Abu Ruqoyyah Tamiim bin Aus Ad-Daari rodhiyallohu’anhu, sesungguhnya Nabi sollallohu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: ”Agama itu adalah nasihat”. Kami (sahabat) bertanya: ”Untuk siapa?” Beliau bersabda: ”Untuk Allah, kitab-Nya, rosul-Nya, pemimpin-pemimpin umat islam, dan untuk seluruh muslimin.” (HR.Muslim)
Kedudukan Hadits
Hadits ini sangat penting, karena mengandung seluruh agama.iaitu mengandung hak Allah, hak rasul-Nya, dan hak hamba-Nya. Kewajiban penunaian hak-hak tersebut tekandung pada kata nasihat.

Lingkup NasihatNasihat, pada asalnya bererti bersih dari campuran atau adanya keserasian hubungan.Pada hadits di atas, nasihat untuk umat secara umum dan para imam bererti kehendak baik dari nasah kepada mansuh, sebagaimana pengertian yang sering dipakai untuk mendefiniskan nasihat. Adapun nasihat untuk lainnya, sesuai dengan asal katanya, iaitu adanya keserasian hubungan. Dimana masing-masing memberikan hak pihak lain yang mesti ditunaikan.
1. Nasihat untuk Allah.
Adalah menunaikan hak Allah seperti telah tersebut pada pembahasan iman kepada Allah.
2. Nasihat untuk kitab-Nya.
Adalah menunaikan hak kitab-Nya Al-Qur’an, seperti, yakin bahwa Al-Qur’an kalamullah, mu’jizat terbesar diantara mu’jizat-mu’jizat yang pernah diberikan kepada para rasul, sebagai petunjuk dan cahaya. Selain itu juga membenarkan beritanya dan melaksanakan hukumnya.
3. Nasihat untuk Rasul-Nya.
Adalah menunaikan hak Rasulullah, seperti telah tersebut pada makna syahadat Muhammad rasulullah.
4. Nasihat untuk para imam.
Kata imam jika disebutkan secara mutlak maka bererti penguasa, dan adakalanya kata imam berarti ulama. Nasihat untuk para imam, meliputi imam dengan kedua arti tersebut.
Nasihat untuk penguasa adalah menunaikan haknya, seperti, taat dalam hal yang ma’ruf, tidak taat dalam kemaksiatan, tunduk dan tidak membangkang dan lain-lain yang merupakan hak penguasa yang telah dijelaskan dalam kitab dan sunah.
Nasihat untuk ulama adalah mencintai mereka karena kebaikannya dan jasanya pada umat berkat ilmunya, dan dakwahnya, menjaga kehormatan dan kewibawaannya serta menyebarkan fatwa- fatwanya.
5. Nasihat untuk awam kaum muslimin
adalah memberikan semua yang menjadi hak mereka demi terwujudnya maslahat dunia dan akhirat mereka.


agama itu nasihat..oleh itu nasihat amat penting dalam kehidupan kita...xslamenye kite brade djalan y lurus..trkadang dri kita brade dgarisan y slah..itulah pntingnya nasihat...pegangla al-quran & sunnah...keduanya utk dpelajari n diamalkan..bkan skadar utk mndpat sgulung sjil shaja..@ skdar mnepati kriteria sbgai pljar je..


           إِنَّ هَذِهِ تَذْكِرَةٌ فَمنْ شَاءَ اتَّخَذَ إِلَى رَبِّهِ سَبِيلا

Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barang siapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) niscaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya.(al-insan:29)


sdah jelas mafhum ayt diatas..allah tlah brfirman bhwa ayt2 alquran adlah satu pringatan..oleh itu berilah prngatan n sebarkanla dkwah dgn ayt2 allah..bknnya skadar mnghafaz al-quran(hafiz&hafizah) utk mnghbiskan sukatan shaja..adkalnya..org y xmnghfaz al-quran lbh baik dr hafiz n hafizah..apbila dye bramal dgn ssuatu ayt itu n mngambil iktibar dr apa y dpelajari.30 juzuk xbwak kmane bro..kalo skdar bce tnpe mngmalknnya..




ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." (Al-Nahl, 125)




Dalam kita memberi nasihat dan berdakwah, banyak cara yang boleh dilakukan. dakwah mengikut Kamus Dewan Edisi ketiga ialah kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan. Manakala menurut Ensiklopedia Islam dakwah membawa maksud setiap kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah s.w.t sesuai dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islamiah.



                        فَذَكِّرْ إِنْ نَفَعَتِ الذِّكْرَى  
     oleh sebab itu berikanlah peringatan karena peringatan itu bermanfaat,(AL-A'LA:9)              

Seperti yang ditulis oleh Abd al-Razzaq Muthalib tentang cara mengelakkan manusia menjauhi dakwah yang disampaikan.

Yang pertama ialah elakkan berdepan dengan mereka dengan cara yang tidak disukai; seperti menyebut kesalahan dan menyandarkan kesalahan tersebut kepada mereka atau menyebut nama-nama mereka yang melakukan kesalahan.


 Yang kedua pula bersabarlah menghadapi kelemahan dan kesalahan yang ada pada diri mereka, dan jangan suka menghukum di dalam semua perkara.

Dan yang ketiga jauhkan setiap perkara yang boleh mendatangkan fitnah dan sangka buruk terhadap dakwah, walau pun perkara tersebut adalah harus untuk dilakukan.

. Nasihat Rasulullah SAW kepada dua orang sahabat yang diutuskan untuk berdakwah di Yaman; Abu Musa al-Asy‘ari dan Muaz bin Jabal: "Serulah manusia, hendaklah kamu berdua memberi khabar gembira dan jangan melakukan sesuatu yang menjauhkan manusia dari kamu, permudahkanlah dan janganlah kamu menyulitkan sesuatu perkara".(al-Bukhari & Muslim).


Pengertian Hikmah seperti yang ditulis oleh Abd al-Razzaq Muthalib, "Menurut Dr. Muhammad Abu al-Fath al-Bayanuni di dalam bukunya al-Madkhal ila Ilm al-Da’wah, hikmah itu ialah: “ketepatan di dalam percakapan dan perbuatan“. Syaikh Said bin ‘Ali bin Wahf al-Qahtani pula di dalam bukunya “Al-Hikmah fi al-Da’wah ila Allah“, memberikan takrifan berikut: “Betul dan tepat di dalam percakapan dan perbuatan, dan meletakkan sesuatu itu pada tempatnya“. Dr. Abd al-Muhaimeen al-Tahhan di dalam “Madkhal ila Ilm Usul al-Da’wah” menyatakan bahawa hikmah itu ialah: “perkataan yang tepat dan tindakan yang betul”. Inilah takrif yang rajih dan ianya seperti yang dihuraikan oleh al-Imam Ibn Jarir al-Tabari di dalam tafsirnya, beliau menyebut bahawa hikmah itu ialah: tepat dan betul di dalam percakapan dan perbuatan."

 
Jadi dengan membawa mesej yang benar, tetapi dengan cara yang keras dan berbentuk sindiran, adakah akan dapat diterima oleh pendengarnya. Tidak dinafikan mungkin cara ini akan bersesuaian dengan golongan tertentu, tetapi mungkin ada yang tidak dapat menerima sindiran dan kekerasan yang digunakan. Dan hasilnya mesej tersebut tidak sampai sepenuhnya, malah lebih teruk lagi membawa kepada akibat yang lebih buruk.



                    

No comments: