bile benda simple jadi trouble..ape kate abang kacak???

Tuesday, July 24, 2012

“Pandanglah aku”



Bab
1

Aku dibesarkan oleh Tok dan Wan sebelah abah sejak dilahirkan. Bukanlah aku tidak diberi makan atau tidak diendahkan.Malah Tok dan Wan lah yang menjaga makan,pakai,dan sakit pening aku selama ini.Terima kasih tidak terhingga kerana sudi membela diri ini.

Aku hanya berjumpa dengan Mak dan Abah sebulan sekali.Pertemuan yang selalu aku harapkan.Namun kasih sayang aku terhadap Mak dan Abah tidakla sekuat sayang aku pada Tok dan Wan.Bukan diri ini tidak mensyukuri atau membenci.Namun kasih pada Tok dan Wan yang tertumpah sejak kecil sedikit sebanyak memberi kesan kepada hati ini.

Anak pertama dari tiga beradik,aku dan dua orang adik kembar dibesarkan di sebuah felda.Kehidupan yang serba sederhana mengajar aku erti berpada-pada.Kami diajar agar tidak terlalu memilih makanan,tempat tinggal dan sebagainya.Lebih-lebih lagi bila bertandang ke rumah orang.
Memandangkan aku merupakan cucu sulong dan satu-satunya cucu perempuan,Tok sangat melebih-lebihkan aku dalam semua perkara .Wan pula melebihkan adik aku dan sepupu-sepupu lelaki.Aku digelar “cucu emas” kerana akan memiliki apa yang dihajati sehingga menimbulkan kedengkian dalam hati mereka.

Dalam hidup ini,yang aku mahukan hanyalah Tok.Seorang tua berbadan kurus ,berkulit gelap dan bergigi oren.Ketegasannya menyebabkan semua isi rumah akan patuh pada kata-katanya dan tidak berani buka mulut.Bila bersama Tok aku merasa bangga dan selamat.Mana tak nya,kalu Tok tiada dirumah,aku lah yang menjadi mangsa buli dua orang adik kembar. Aku juga pasti akan dimarahi Wan kerana dianggap mengada-ngada bila bersama Tok.Tak sangka,Wan pon berdengki dengan aku.Kelakar sungguh.

Teringat suatu hari,semasa Tok tiada di rumah.Seingat aku Tok pergi memukat ikan sungai.Aku…..






No comments: